12 Konstruk Asas Numerasi

DEFINISI NUMERASI
  • Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI:
Konstruk 1
Keupayaan pra nombor dan mengenal angka 
·         Pra nombor melibatkan bentuk dan warna
·         Keupayaan menyebut dan menulis angka
·         Memadankan bentuk, warna dan angka
Konstruk 2
Keupayaan membilang
·         Keupayaan menyatakan bilangan objek secara lisan
·         Menulis kedudukan objek yang dibilang atau menulis bilangan objek keseluruhan
·         Menentukan nombor yang mewakili bilangan objek keseluruhan
 Konstruk 3
Keupayaan memahami nilai nombor
·         Memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi
·         Menulis nombor mengikut urutan
 Konstruk 4
Keupayaan membuat seriasi
·         Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berikut:
-          Banyak ke sedikit
-          Kecil ke besar
-          Pendek ke panjang
-          Rendah ke tinggi
-          Nipis ke tebal
dan sebaliknya
Konstruk 5
Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
·         Keupayaan mengenal duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10
Konstruk 6
Keupayaan menyatakan waktu
·         Keupayaan menyatakan pagi, petang, malam berdasarkan situasi yang diberi
·         Keupayaan menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan
·         Keupayaan menyatakan nama bulan dalam setahun mengikut Urutan
Konstruk 7
Keupayaan mengendalikan operasi asas
·         Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi
·         Pengendalian operasi tidak melibatkan pengumpulan semula
·         Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek
·         Hasil tambah tidak melebihi 20
·         Hasil tolak tidak melebihi 50
·         Operasi darab dan bahagi melibatkan sifir 2, 5, 10
 Konstruk 8
Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
·         Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah dan tolak yang melibatkan duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10  
·         Pengendalian operasi hanya melibatkan dua mata wang
Konstruk 9
Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu
·         Keupayaan membuat anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN STANDARD dan UNIT   STANDARD
·         Membuat perbandingan panjang, jisim  dan isi padu
 Konstruk 10
Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
·         Keupayaan menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah dan tolak
·         Menulis ayat matematik dengan menggunakan angka, simbol tambah (+), simbol tolak (–) dan simbol sama (=)
·         Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak dalam bahasa harian
Konstruk 11
Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
·         Menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak menggunakan objek maujud
·         Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan menggunakan sama ada operasi tambah atau tolak 
Konstruk 12
Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
·         Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang
·         Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa
·         Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran panjang 

No comments:

Post a Comment