Pengenalan


Program LINUS
  • LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)
  • LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi (matematik) di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah.
  • LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira
Objektif Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
  • Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
Murid LINUS
  • Merupakan kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas/kurikulum/di sekolah biasa, tidak dapat mencapai sesuatu objektif pengajaran yang mudah/ objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya pengamatan yang lemah atau rendah.
Ciri-ciri Murid LINUS
  • pencapaian pelajaran/akademik berbeza
  • pendiam
  • tidak aktif
  • banyak cakap
  • sukar menerima arahan
  • tidak dapat berkomunikasi seperti murid biasa
  • menyebut huruf yang tidak tepat/bertukartukar
  • meninggalkan huruf/suku kata/perkataan semasa 
  • membaca/menulis
  • tulisan terlalu buruk
  • kekerapan kesalahan dalam ejaan/tanda bacaa
  • huruf terbalik

No comments:

Post a Comment